~KOREKSI DIRI~(nisfu sya'ban)


Salam persahabatan dan salam perjuangan...semoga kalian sentiasa berada di bawah lembayung rahmat Yang Maha Esa..Di kesempatan ini saya ingin memohon beribu-ribu kemaafan atas segala salah silap kepada semua pembaca. Sempena Nisfu Sya'ban ini,marilah kita koreksi diri sebagai seorang hamba kepada Yang Maha Esa. Hanya DIA memahami segala suka duka kita,kerana DIA pencipta kita. Marilah kita sama-sama perbanyakkan amalan di dunia sebagai bekalan di akhirat. Bersyukur atas segala kurniaanNya yang menyempurnakan hidup kita dan memberikan nikmat Iman dan Islam.

Malam Nisfu Sya'ban, malam yang amat bermakna bagi seorang hambaNya kerana buku amalan akan di hadapkan kepadaNya. Adakah sudah kita corakkan buku tersebut dengan amalan-amalan yang diredhaiNya? Mampukah kita menjadi hambaNya yang beriman dan bertaqwa sekiranya buku kita masih bersih dari amalan-amalan sebagai hamba soleh dan solehah? Semoga buku yang di dihadapkan itu diterimaNya,dan buku yang baru akan kita hiasi secantiknya. Kebiasaannya di malam Nisfu Sya'ban, dipenuhkan malam tersebut dengan bacaan yaasin dan solat sunat tertentu. Namun amalan ini bukanlah perkara yang diFARDHUkan ke atas kita. Sebagai seorang hamba, memohon keampunan kepada Yang Maha Esa adalah setiap masa. Amalan ini sebagai memuliakan malam Nisfu Sya'ban dan muhasabah cinta hamba kepada Pencipta.

Antara hadith mengenai Nisfu Sya'ban:

يطلع الله تبارك وتعالى إلى خلقه ليلة النصف من شعبان فيغفر لجميع خلقه إلا لمشرك أو مشاحن
“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, Riyadh: Maktabah al-Ma`arf).

والله أعلم

Sekian sahaja untuk kali ini.Bertemu di lain masa..

*Final short sem : 8,9,11 Ogos 2009.
*Bittaufiq wan najah untuk sahabat sekalian..
(Bayt Plaza Home 3)







Powered by Blogger