Inspirasi Pedusi


Dalam menyelusuri kebahagiaan sudah pasti akan dihimpit dengan pelbagai halangan dan dugaan namun itu bukanlah penghalang dalam mengecapi kebahagiaan jika mempunyai jiwa yang kental dan tidak mudah tewas dengan keadaan.
Sedarlah wahai sekalian pedusi!Atma seorang wanita perlu dilengkapi dengan hadirnya seseorang yang bergelar suami ,walau bagaimanapun hari ini golongan wanita seringkali diperkotak-katikkan dek kerana dianggap kaum Hawa ini lemah.Oleh yang sedemikian bangunlah dan lakukan perubahan selangkah menganjakkan paradigma agar kita sebagai sayap kiri sang lelaki tidak mudah dimanipulasikan tanpa belas ehsan.
Pedusi juga mendambakan akan kehadiran Si Arjuna yang mampu menzahirkan kasih sayang dan menjadi teman setia dalam suka mahupun duka.Namun begitu ,adakalannya dengan menggunakan tiket cinta segalanya bertukar sehingga mereka buta membezakan antara permata dan kaca .Masih belum terlambat pedusi sekalian untuk kita koreksi diri dan memperbaiki apa yang sepatutnya kita harus lakukan .
Kerana sesungguhnya dalam meneladani sebuah kehidupan sudah pasti akan ada pasang surutnya ,segalanya terpundak diatas fikiran kita dalam menilai segala keputusan yang kita ambil ..Salam Pedusi Daripada Insan Kerdil Ini..

**.:: semakin hari semakin sayang::.**



~YA HABIBI~




Ya Rasulullah..kau tetap di hati..Kekasih ALLAH juga kekasih ummatmu..

21/5/2010, yaum jum'ah
8.50pm---->bayt Dil Karishta

*.::FESTBUK bukan FACEBOOK::.**




Salam alaikum..
Sempena minggu FESTBUK 2010, semua ahli PERMAI di alu-alukan untuk menyertai pertandingan-pertandingan yang di anjurkan. Apa motif minggu FESTBUK ini? Adakah nama di ambil sempena laman web yang semakin di gemari oleh semua pengguna slogan dunia tanpa sempadan ini?

Antara motif minggu FESTBUK 2010 bukan semata untuk mengeratkan ukhuwah sesama rakan-rakan, malah sebagai pemantapan ilmu yang perlu di kongsi bersama. Inilah masa mereka yang mahir dalam sesuatu bidang mengajar atau membantu mereka yang kurang mahir, berkongsi idea dan pendapat, serta mengukuhkan tahap ke'pakar'an individu.

Nama FESTBUK adalah singkatan 'FESTIVAL BUDAYA KITA' yang mana julung-julung kalinya di anjurkan oleh pihak Persatuan PERMAI selama 4 hari iaitu bermula 10 Mei 2010 sehingga 14 Mei 2010 dengan mengasingkan antara ikhwah dan akhawat.


Haaa..apa tunggu lagi..tunjukkan bakatmu kepada yang "berhak" wahai akhawat PERMAI sekalian..---------------->Islam Sulukul Hayah...

Jumpa di sana!!

Wassalam..
12/5/2010 = 6.30pm(waktu JORDAN) = 11.30pm(waktu M'SIA)
Bayt Dil Karishta(^_*)

Powered by Blogger