*ISLAM MENJAGA KEHORMATAN WANITA*



Alhamdulillah..bersyukur kehadrat ilahi dan selawat serta salam ke ats junjungan Nabi Muhammad s.a.w kerana dengan izinNya dapatlah saya merakamkan sedikit pengisian ilmu dalam bentuk blog yang sebenarnya sudah lama saya impikan.Kerana saya kira walaupun sy tidak mampu lagi untuk menyiapkan sebuah buku khas seperti pakar2 motivasi dan pendidik2 yang begitu berpengalaman lebih2 lagi para2 ulamak yg penulisannya di dlm kitab2 menjadi rujukan seluruh umat islam di dunia, namun dengan adanya blog ini sy dpt berkongsi manfaat dr rujukan2 y sy perolehi bersama rakan2.Ini juga sebagai usaha memperbaiki diri sy supaya menjadi seorang wanita yg berilmu. Kerana wanita berilmu mampu membentuk warisan yg seumpamanya..

Sebagai pembuka tirai,sy bawakan satu tajuk bagaimana Islam menjaga kehormatan wanita.Seperti y kita ketahui, pada zaman jahiliyah wanita tidak mempuyai harga diri di sisi masyarakat ketika itu. Sampai akhirnya Islam datang dan menyatakan wanita itu sedarjat dengan lelaki. Apakah ‘persamaan’ yg dimaksudkan oleh Islam?? Ikuti huraian selanjutnya………


ISLAM MENJAGA KEHORMATAN KAUM WANITA

Islam merupakan agama yang penuh kemuliaan dan ketinggian,ia sangat menjaga kehormatan pemeluknya.Seorang muslim mahupun muslimat dimuliakan dan ditinggikan martabat mereka dengan syariatNya.Itulah kenikmatan terbesar dari Allah,sekaligus pemuliaan dariNya.

Allah berfirman(yang bermaksud): Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam,Kami angkut mereka di daratan dan di lautan,Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.[al-Isra`:70]


Sebahagian Bentuk-bentuk Pemuliaan dan Penjagaan Islam Atas Wanita

1. Islam menyamakan kaum lelaki dengan kaum wanita dalam penciptaan.

Kaum lelaki dan wanita memiliki persamaan dalam penciptaan.Mereka dari seorang diri,sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud:

Wahai sekalian manusia,bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri,dan daripadanya Allah menciptakan isterinya,dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak.Dan bertaqwalah kepada Allah dengan(mempergunakan)namaNya kamu saling meminta satu sama lain dan (peliharalah)hubungan silaturrahim.Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.[an Nisa`:1]

2. Islam menyamakan wanita dan lelaki dalam hal ibadah dan mu`amalah.

Wanita berkedudukan sama seperti kaum lelaki dalam hal meraih balasan kebaikan dari Allah dalam ibadah. Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh,baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman,maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. [an Nahl :97]

3. Islam memberikan kebebasan dalam hal pemilikan seperti kaum lelaki.

Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain.(kerana) bagi lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan,dan bagi wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan. .[an Nisa’:32]

4. Islam mewajibkan untuk memuliakan kedua orang tua dan berbuat baik terhadap kedua-duanya, tidak hanya kepada salah satu di antara keduanya saja.

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya, jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu,maka sekali-kali jangan kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: ” Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya,sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.”[al-Isra`:23-24] .

5. Islam memuliakan wanita dengan memberikan perhatian lebih kepada kaum ibu melebihi kaum bapa.

Pernah seorang sahabat datang kepada Rasulullah s.a.w lalu bertanya: “ Wahai Rasulullah,siapakah orang yang yang lebih berhak aku perlakukan dengan baik?”Beliau menjawab: “ Ibumu.”.”Kemudian siapa lagi?”.”Beliau menjawab:Ibumu.” ”Kemudian siapa lagi?”.”Beliau menjawab:Ibumu.” ”Kemudian siapa lagi?”.” Beliau menjawab:”Ayahmu.” [bukhari dan muslim]

6. Islam memuliakan wanita dengan memerintahkan mereka untuk tetap di rumah. Allah berfirman:

Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliah yang dahulu..[al Ahzab:33 ]

7. Islam memuliakan wanita dengan mensyariatkan hijab.Allah memerintahkan kepada mereka berhijab untuk menjaga kemuliaan dan kehormatan mereka, serta melindungi mereka dari segala bentuk kejahatan dan kerosakan.

Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu,anak- Anak perempuanmu dan isteri-isteri orang beriman:”Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.”Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal,kerana itu mereka tidak diganggu.Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [al Ahzab:59]

8. Islam memuliakan wanita dengan mengharamkan khalwat dan safar tanpa mahram. Semua itu dalam rangka memuliakan dan menjaga kehormatan mereka.

Rasulullah s.a.w bersabda: ” Janganlah sekali-kali kaum lelaki berkhalwat dengan wanita kecuali ia bersama mahramnya,dan jangan pula wanita safar(berpergian)kecuali bersama mahramnya.” .

9. Islam memuliakan wanita dengan mengharamkan zina dan semua jalan yang menghantar kepada perbuatan tersebut.Hal itu disyariatkan demi menjaga kehormatan mereka,dan dari hal yang dapat menodai kesucian mereka.

Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.[al Isra`:32]

10. Islam memuliakan wanita dengan mengancam keras atas sesiapa yang berbuat keji dan mencoreng kehormatan atau merosakkan nama baik mereka.

Allah berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita yang baik, yang lengah lagi beriman, mereka dilaknat di dunia dan diakhirat, dan bagi mereka azab yang besar. [an Nur:23]

wallahu a'lam.

Powered by Blogger