Kreatif dan bersemangat! (>_*)


menyibuk saja lelaki itu





cara-cara nak masak nasi morocco,(saya penah cuba,tapi tak jadi,mesti buku ini tak betul resepinya..huhuu)



ni resepi sandwic


kabur sikit



yang ini jelas sikit



suatu petang di Giant Nilai,terjadilah satu dialog pembeli buku yang comel dan penjual buku yang baik hati

"kak,berapa harga buku masakan ini?" soal saya

"yang ini...RM45" jawab penjual dengan pura-pura tak nampak muka kesian yang saya buat

"takde less ke?",balas saya dengan penuh harapan setinggi bukit cerakah

"5% saje boleh", jawab penjual

'5% tak murah lagi',saya pun periksa beg duit,alahai! RM20 sahaja..nampaknya terpaksa buat idea gila'

"kak,boleh saya ambil gambar-gambar dalam buku ini sikit?sikit saja,sebab tak cukup duit nak beli" soal saya dengan penuh nada kesian dan muka seposen

"hmm...yelah-yelah". jawabnya dengan sangat ikhlas,saya tau penjual sedang cuba belajar erti ikhlas. hahaha

dan kat atas itu lah gambar isinya..


Moral
kalau kalian semua mahukan sesuatu,cuba lah sehabis baik untuk mencapainya,jangan dengan disebabkan sesuatu perkara yang memang kita mampu untuk atasi,tapi kita biarkan diri kita gagal mencapai matlamat tadi,bab kata pepatah
"kalau nak buat cara nak,kalau taknak buat cara taknak"

akhirnya dapat juga saya nak cuba resepi itu..dan paling penting,kita mesti kreatif dalam mengaplikasikan pelbagai cara supaya matlamat kita itu tercapai,selamat mencuba! (cuba korang pergi MPH dan buat macam saya buat ini...boleh tak?hahaha)


Ramai Pendakwah tidak kreatif!

hari ini ramai yang bersemangat untuk berdakwah,tetapi ramai yang gagal dalam memahami para mad'u,pendakwah merungut jika dakwahnya kurang mendapat perhatian,tetapi pendakwah jarang ambil kira jika pendekatan yang di gunakan pendakwah tidak menarik perhatian mad'u.

sebahagian pendakwah seolah-olah terlalu jumud dalam berdakwah,begitu juga dalam fiqh,suka melabel-label kumpulan lain dan berbangga seolah-olah mereka lah yang paling syar'e,padalah dakwah mereka banyak cacian dan kritikan yang kebayakkanya penuh dengan emosi,paling malang ada yang berputus asa dalam dunia dakwah seolah-olah telah pasrah bahawa manusia hari ini memang susah untuk diselamatkan lagi.

kreatif

soal kreatif mungkin tak semua orang kreatif,tetapi tidak salah jika pendakwah belajar untuk memahami mad'u,barulah boleh di fikirkan bagaimana tindakan yang bijak dan kreatif serta keluar dari kotak kejumudan dalam berdakwah.


itu sahaja yang saya nak tulis kot untuk hari ini,wallahu'alam

di tulis dan di edit oleh Abu Amir dan Ummu Amir, 7.45mlm=12.45mlm,bayt dilkarishta

Powered by Blogger