~cukupkah tugasku sebagai seorang pelajar?~


Salam alaik..


Segala puji bagi Allah,kerana mengizinkan saya meneruskan karya saya dalam ruang ini. Sudah lama rasanya tidak berkongsi ilmu dengan rakan-rakan.Walaupon jauh di mata,namun tetap di hati.Begitulah ungkapan yang sering di lafazkan bagi mereka yang berjauhan.Ungkapan ini saya tujukan kepada semua rakan-rakan yang jauh nun di sana...Kali ini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak aktiviti sepanjang cuti hujung minggu(jumaat dan sabtu) saya di sini.

Pada hari Jumaat,pagi-pagi mesti masing-masing telefon berbunyi untuk mengingatkan kelas tafaqquh jam 8 pagi bersama Ustaz Mahadi (Master Usul Fiqh) di Masjil Tal Abdullah.Kalau malam tidur lewat,alamatnya tergesa-gesa la ke kelas Tafaqquh.Kitab Syarah Al Muqaddimah Al Hadhromiyah karangan Syeikh Sai'd ibn Muhammad Ba'isyin dan kitab Al Maqosidun Nawawiyyah karangan Abi Zakaria yahya ibn Syarafin Nawawi Ad Dimasyqi, adalah kitab yang digunakan pada sesi ini. Kepala jadi ringan apabila kelas berakhir kerana segala persoalan telah terjawab di kelas Tafaqquh ini.Walaupun sebahagian bab telah dipelajari,namun lebih banyak sebenarnya yang perlu ditambahi.


Sebelah petangnya,kelas Multaqa Ilmi Aqidah yang di anjurkan PERMAI(Persatuan Mahasiswa Malaysia Di Irbid) turut saya hadiri. Tenaga pengajarnya, Ustaz Heizal Hezry Omar,pakar Ekonomi yang sedang meneruskan PhDnya di Universiti Yarmouk. Minggu terdekat ini kami cube menghabiskan kertas kerja beliau yang bertajuk "KEPENTINGAN PENGAJIAN AQIDAH dalam kehidupan setiap Muslim dan Muslimah", sementara menanti kitab khusus yang ditempah dari Amman(ibu negara Jordan-2jam dari IRBID-) sampai . Kelas yang mengambil masa selama 2 jam ini sangat di manfaatkan oleh semua pelajar yang mendaftar.Rujukan-rujukan yang digunakan beliau adalah dari kalangan ulamak-ulamak yang masyhur yang faqih dalam ilmu Aqidah seperti Syeikh Prof. Dr Sulaiman al-Asyqar, Syeikh Prof. Dr Yusof al-Qardhawi,Syeikh Nuh Salman al-Qudoh(Mufti Jordan), Syeikh Prof. Dr Muhammad Said Ramadhan alButy, dan ramai lagi. Ilmu ini tidak akan dapat kita perolehi sekiranya kita tidak mencari. Spt kata ulama' "4 Golongan yang tidak selamanya menjadi pandai :Pemalu-Pemalas-Penyombong-Taksub".



Keesokan harinya, pagi hingga petang bermula dengan jadual harian dan sebelah malamnya saya menghadiri Multaqa Ilmi Bahasa Arab, yang juga dianjurkan oleh PERMAI.Memang hebat persatuan PERMAI kami. Program yang di sajikan kepada ahlinya tidak pernah putus-putus dan banyak memberi manfaat untuk teruskan kehidupan di dunia dan akhirat sesuai dengan mottonya ''BerPERMAI hingga ke syurga". Kelas Bhs Arab ini merangkumi Nahu(Grammar) dan Saraf(Pembentukan kata). Kitab ''Marji' at-Thullab fi qawai'd Nahwi" yang digunakan Ustaz Ridhuan sangat sesuai untuk semua pelajar JUST(Jordan University of Science and Technology) dan pelajar Uni.Yarmouk. Contoh yang digunakan juga memudahkan pemahaman kami.




Inilah aktiviti saya sepanjang minggu. Walaupun musim syita'(sejuk) dah bermula, namun saya harap ini bukanlah penghalang untuk saya meneruskan karier sebagai seorang pelajar. Dan saya berharap agar banyak lagi majlis-majlis ilmu yang akan di adakan supaya diberikan kelapangan di dunia serta mencapai البعثة (misi) dan الرؤية (visi) saya. Seperti firman Allah yang bermaksud :

Wahai orang-orang yang beriman!Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain)maka lapangkanlah seboleh-bolehnya,supaya Allah melapangkan (serba serbinya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman diantara kamu,dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama(dari kalangan kamu) beberapa darjat.Dan ingatlah,Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan."
(Surah Al Mujadalah:11)

Sekian saja untuk kali ni. Semoga bertemu lagi...

Bayt ~Dil Karishta~,bersebelahan SIMSIMAH.
1 November 2009
8.30 malam (waktu Jordan)/2.30 pagi (waktu m'sia)=2 November 2009


Powered by Blogger