~cukupkah tugasku sebagai seorang pelajar?~


Salam alaik..


Segala puji bagi Allah,kerana mengizinkan saya meneruskan karya saya dalam ruang ini. Sudah lama rasanya tidak berkongsi ilmu dengan rakan-rakan.Walaupon jauh di mata,namun tetap di hati.Begitulah ungkapan yang sering di lafazkan bagi mereka yang berjauhan.Ungkapan ini saya tujukan kepada semua rakan-rakan yang jauh nun di sana...Kali ini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak aktiviti sepanjang cuti hujung minggu(jumaat dan sabtu) saya di sini.

Pada hari Jumaat,pagi-pagi mesti masing-masing telefon berbunyi untuk mengingatkan kelas tafaqquh jam 8 pagi bersama Ustaz Mahadi (Master Usul Fiqh) di Masjil Tal Abdullah.Kalau malam tidur lewat,alamatnya tergesa-gesa la ke kelas Tafaqquh.Kitab Syarah Al Muqaddimah Al Hadhromiyah karangan Syeikh Sai'd ibn Muhammad Ba'isyin dan kitab Al Maqosidun Nawawiyyah karangan Abi Zakaria yahya ibn Syarafin Nawawi Ad Dimasyqi, adalah kitab yang digunakan pada sesi ini. Kepala jadi ringan apabila kelas berakhir kerana segala persoalan telah terjawab di kelas Tafaqquh ini.Walaupun sebahagian bab telah dipelajari,namun lebih banyak sebenarnya yang perlu ditambahi.


Sebelah petangnya,kelas Multaqa Ilmi Aqidah yang di anjurkan PERMAI(Persatuan Mahasiswa Malaysia Di Irbid) turut saya hadiri. Tenaga pengajarnya, Ustaz Heizal Hezry Omar,pakar Ekonomi yang sedang meneruskan PhDnya di Universiti Yarmouk. Minggu terdekat ini kami cube menghabiskan kertas kerja beliau yang bertajuk "KEPENTINGAN PENGAJIAN AQIDAH dalam kehidupan setiap Muslim dan Muslimah", sementara menanti kitab khusus yang ditempah dari Amman(ibu negara Jordan-2jam dari IRBID-) sampai . Kelas yang mengambil masa selama 2 jam ini sangat di manfaatkan oleh semua pelajar yang mendaftar.Rujukan-rujukan yang digunakan beliau adalah dari kalangan ulamak-ulamak yang masyhur yang faqih dalam ilmu Aqidah seperti Syeikh Prof. Dr Sulaiman al-Asyqar, Syeikh Prof. Dr Yusof al-Qardhawi,Syeikh Nuh Salman al-Qudoh(Mufti Jordan), Syeikh Prof. Dr Muhammad Said Ramadhan alButy, dan ramai lagi. Ilmu ini tidak akan dapat kita perolehi sekiranya kita tidak mencari. Spt kata ulama' "4 Golongan yang tidak selamanya menjadi pandai :Pemalu-Pemalas-Penyombong-Taksub".



Keesokan harinya, pagi hingga petang bermula dengan jadual harian dan sebelah malamnya saya menghadiri Multaqa Ilmi Bahasa Arab, yang juga dianjurkan oleh PERMAI.Memang hebat persatuan PERMAI kami. Program yang di sajikan kepada ahlinya tidak pernah putus-putus dan banyak memberi manfaat untuk teruskan kehidupan di dunia dan akhirat sesuai dengan mottonya ''BerPERMAI hingga ke syurga". Kelas Bhs Arab ini merangkumi Nahu(Grammar) dan Saraf(Pembentukan kata). Kitab ''Marji' at-Thullab fi qawai'd Nahwi" yang digunakan Ustaz Ridhuan sangat sesuai untuk semua pelajar JUST(Jordan University of Science and Technology) dan pelajar Uni.Yarmouk. Contoh yang digunakan juga memudahkan pemahaman kami.




Inilah aktiviti saya sepanjang minggu. Walaupun musim syita'(sejuk) dah bermula, namun saya harap ini bukanlah penghalang untuk saya meneruskan karier sebagai seorang pelajar. Dan saya berharap agar banyak lagi majlis-majlis ilmu yang akan di adakan supaya diberikan kelapangan di dunia serta mencapai البعثة (misi) dan الرؤية (visi) saya. Seperti firman Allah yang bermaksud :

Wahai orang-orang yang beriman!Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain)maka lapangkanlah seboleh-bolehnya,supaya Allah melapangkan (serba serbinya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman diantara kamu,dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama(dari kalangan kamu) beberapa darjat.Dan ingatlah,Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan."
(Surah Al Mujadalah:11)

Sekian saja untuk kali ni. Semoga bertemu lagi...

Bayt ~Dil Karishta~,bersebelahan SIMSIMAH.
1 November 2009
8.30 malam (waktu Jordan)/2.30 pagi (waktu m'sia)=2 November 2009


*ISLAM MENJAGA KEHORMATAN WANITA*



Alhamdulillah..bersyukur kehadrat ilahi dan selawat serta salam ke ats junjungan Nabi Muhammad s.a.w kerana dengan izinNya dapatlah saya merakamkan sedikit pengisian ilmu dalam bentuk blog yang sebenarnya sudah lama saya impikan.Kerana saya kira walaupun sy tidak mampu lagi untuk menyiapkan sebuah buku khas seperti pakar2 motivasi dan pendidik2 yang begitu berpengalaman lebih2 lagi para2 ulamak yg penulisannya di dlm kitab2 menjadi rujukan seluruh umat islam di dunia, namun dengan adanya blog ini sy dpt berkongsi manfaat dr rujukan2 y sy perolehi bersama rakan2.Ini juga sebagai usaha memperbaiki diri sy supaya menjadi seorang wanita yg berilmu. Kerana wanita berilmu mampu membentuk warisan yg seumpamanya..

Sebagai pembuka tirai,sy bawakan satu tajuk bagaimana Islam menjaga kehormatan wanita.Seperti y kita ketahui, pada zaman jahiliyah wanita tidak mempuyai harga diri di sisi masyarakat ketika itu. Sampai akhirnya Islam datang dan menyatakan wanita itu sedarjat dengan lelaki. Apakah ‘persamaan’ yg dimaksudkan oleh Islam?? Ikuti huraian selanjutnya………


ISLAM MENJAGA KEHORMATAN KAUM WANITA

Islam merupakan agama yang penuh kemuliaan dan ketinggian,ia sangat menjaga kehormatan pemeluknya.Seorang muslim mahupun muslimat dimuliakan dan ditinggikan martabat mereka dengan syariatNya.Itulah kenikmatan terbesar dari Allah,sekaligus pemuliaan dariNya.

Allah berfirman(yang bermaksud): Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam,Kami angkut mereka di daratan dan di lautan,Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.[al-Isra`:70]


Sebahagian Bentuk-bentuk Pemuliaan dan Penjagaan Islam Atas Wanita

1. Islam menyamakan kaum lelaki dengan kaum wanita dalam penciptaan.

Kaum lelaki dan wanita memiliki persamaan dalam penciptaan.Mereka dari seorang diri,sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud:

Wahai sekalian manusia,bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri,dan daripadanya Allah menciptakan isterinya,dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak.Dan bertaqwalah kepada Allah dengan(mempergunakan)namaNya kamu saling meminta satu sama lain dan (peliharalah)hubungan silaturrahim.Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.[an Nisa`:1]

2. Islam menyamakan wanita dan lelaki dalam hal ibadah dan mu`amalah.

Wanita berkedudukan sama seperti kaum lelaki dalam hal meraih balasan kebaikan dari Allah dalam ibadah. Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh,baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman,maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. [an Nahl :97]

3. Islam memberikan kebebasan dalam hal pemilikan seperti kaum lelaki.

Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain.(kerana) bagi lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan,dan bagi wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan. .[an Nisa’:32]

4. Islam mewajibkan untuk memuliakan kedua orang tua dan berbuat baik terhadap kedua-duanya, tidak hanya kepada salah satu di antara keduanya saja.

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya, jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu,maka sekali-kali jangan kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: ” Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya,sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.”[al-Isra`:23-24] .

5. Islam memuliakan wanita dengan memberikan perhatian lebih kepada kaum ibu melebihi kaum bapa.

Pernah seorang sahabat datang kepada Rasulullah s.a.w lalu bertanya: “ Wahai Rasulullah,siapakah orang yang yang lebih berhak aku perlakukan dengan baik?”Beliau menjawab: “ Ibumu.”.”Kemudian siapa lagi?”.”Beliau menjawab:Ibumu.” ”Kemudian siapa lagi?”.”Beliau menjawab:Ibumu.” ”Kemudian siapa lagi?”.” Beliau menjawab:”Ayahmu.” [bukhari dan muslim]

6. Islam memuliakan wanita dengan memerintahkan mereka untuk tetap di rumah. Allah berfirman:

Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliah yang dahulu..[al Ahzab:33 ]

7. Islam memuliakan wanita dengan mensyariatkan hijab.Allah memerintahkan kepada mereka berhijab untuk menjaga kemuliaan dan kehormatan mereka, serta melindungi mereka dari segala bentuk kejahatan dan kerosakan.

Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu,anak- Anak perempuanmu dan isteri-isteri orang beriman:”Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.”Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal,kerana itu mereka tidak diganggu.Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [al Ahzab:59]

8. Islam memuliakan wanita dengan mengharamkan khalwat dan safar tanpa mahram. Semua itu dalam rangka memuliakan dan menjaga kehormatan mereka.

Rasulullah s.a.w bersabda: ” Janganlah sekali-kali kaum lelaki berkhalwat dengan wanita kecuali ia bersama mahramnya,dan jangan pula wanita safar(berpergian)kecuali bersama mahramnya.” .

9. Islam memuliakan wanita dengan mengharamkan zina dan semua jalan yang menghantar kepada perbuatan tersebut.Hal itu disyariatkan demi menjaga kehormatan mereka,dan dari hal yang dapat menodai kesucian mereka.

Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.[al Isra`:32]

10. Islam memuliakan wanita dengan mengancam keras atas sesiapa yang berbuat keji dan mencoreng kehormatan atau merosakkan nama baik mereka.

Allah berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita yang baik, yang lengah lagi beriman, mereka dilaknat di dunia dan diakhirat, dan bagi mereka azab yang besar. [an Nur:23]

wallahu a'lam.

~KOREKSI DIRI~(nisfu sya'ban)


Salam persahabatan dan salam perjuangan...semoga kalian sentiasa berada di bawah lembayung rahmat Yang Maha Esa..Di kesempatan ini saya ingin memohon beribu-ribu kemaafan atas segala salah silap kepada semua pembaca. Sempena Nisfu Sya'ban ini,marilah kita koreksi diri sebagai seorang hamba kepada Yang Maha Esa. Hanya DIA memahami segala suka duka kita,kerana DIA pencipta kita. Marilah kita sama-sama perbanyakkan amalan di dunia sebagai bekalan di akhirat. Bersyukur atas segala kurniaanNya yang menyempurnakan hidup kita dan memberikan nikmat Iman dan Islam.

Malam Nisfu Sya'ban, malam yang amat bermakna bagi seorang hambaNya kerana buku amalan akan di hadapkan kepadaNya. Adakah sudah kita corakkan buku tersebut dengan amalan-amalan yang diredhaiNya? Mampukah kita menjadi hambaNya yang beriman dan bertaqwa sekiranya buku kita masih bersih dari amalan-amalan sebagai hamba soleh dan solehah? Semoga buku yang di dihadapkan itu diterimaNya,dan buku yang baru akan kita hiasi secantiknya. Kebiasaannya di malam Nisfu Sya'ban, dipenuhkan malam tersebut dengan bacaan yaasin dan solat sunat tertentu. Namun amalan ini bukanlah perkara yang diFARDHUkan ke atas kita. Sebagai seorang hamba, memohon keampunan kepada Yang Maha Esa adalah setiap masa. Amalan ini sebagai memuliakan malam Nisfu Sya'ban dan muhasabah cinta hamba kepada Pencipta.

Antara hadith mengenai Nisfu Sya'ban:

يطلع الله تبارك وتعالى إلى خلقه ليلة النصف من شعبان فيغفر لجميع خلقه إلا لمشرك أو مشاحن
“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, Riyadh: Maktabah al-Ma`arf).

والله أعلم

Sekian sahaja untuk kali ini.Bertemu di lain masa..

*Final short sem : 8,9,11 Ogos 2009.
*Bittaufiq wan najah untuk sahabat sekalian..
(Bayt Plaza Home 3)







~Sketsa HiDup~

Salam alaik..Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan rahmatNya kita terus hidup di bumiNya.Alhamdulillah.Apa khabar semua? Kali ini saya nk bawakan kepada anda sebuah sajak untuk kali pertamanya.saja nak test..Tiba-tiba je tangan ni nak mereka sajak..kalau jadi sajak ni boleh masuk bertanding..Dengarkan..




hari ini,

tiada lagi persamaan

tiada lagi luahan perasaan,

ku kunci rahsia hati

agar menjadi diri sendiri,

biar ku sulam kasih sendiri

mengorak langkah ku tetap berdiri,

biar dulu permata yang ku impi

namun kini kaca yang ku temui,

jiwaku didewasakan oleh pengalaman


terus melengkapi layah kehidupan,

jangan terus bermimpi


kalau itu bukan destinasi,

biarkan ia berlalu pergi


teruskan berlari mengejar realiti.


Sekian..jumpa lagi..



Peribadi Soleh-Solehah - Anda Mampu Milikinya!

Peribadi Soleh-Solehah - Anda Mampu Milikinya!

Em... Zaman ini, zaman yang penuh dengan fitnah terhadap kita semua... maksiat
dan kerosakan sangat berleluasa... wanita dan lelaki kelihatan sama sahaja, tiada
jurang pembeza yang ketara lagi.

Pakaian? Em, kelihatan seakan-akan sama saja.
Agama? Em, entah... macam
mereka dah tak peduli je... ada masa ke nak fikir pasal agama ni?
Em, kerana apa yer?
Kerana lenyapnya peribadi soleh dan solehah agaknya...
Ku tinjau-tinjau,
Tak kira jantina, ada saja di mana-mana. Bersesak-sesak di pasar?
Yup, ada... ramai
sangat... di pawagam?
Yup, ramai juga... em, di tempat melepak dan restoran?
Lagi ramai!
Laki dan wanita, campur aje... Em, di pesta buku pulak? Em, alhamdulillah
masih ramai (harap-harap tidak silap beli buku)...
em, di masjid? ...sedih, tak ramai, sikit sangat.
Di kuliah-kuliah ilmu?
Macam dah tak minat jer nak datang...
Ya Allah,
Sukarnya mencari wanita yang solehah...
Manakala bagi wanita, sukarnya mencari lelaki yang soleh...
Aii... iyeke?
Kesiannya anda sekalian... yang lelaki susah nak cari yang solehah...
Yang wanita pulak, susahnya nak mencari yang soleh!
Hehe... teringat cabaran sahabat-sahabiyah yang baru grad yang duk tengah sibuk
nak cari calon pasangan suami atau isteri...
Ke mana sang soleh-solehah menghilang yer?
Takkan pupus kot?
Takdelah... mana boleh pupus pulak...
Takkan pupus punya,
Hai sahabat, kalaulah anda yang jadi soleh, tak kan timbul lagi perkara ni... so,
senanglah si solehah nak cari anda... so, persoalannya andalah yang kena
mulakan... kena ada mahu... letakkan iltizam...
Then, muslimat... macam mana dengan anda? Takkan nak suruh lelaki je yang mula
dulu? Anda bagaimana? Bila nak mula? Tak adillah sebelah pihak jer...
Ingat... anda kena mula juga...
Anda perlu tahu, orang yang soleh akan mencari wanita yang solehah. Tak nak lah
wanita yang diluar standard solehah! Lelaki soleh... tentu mahu pasangannya wanita
solehah! Ha, barulah kena kan?
So, sebagai kesimpulan...
Anda-anda semualah yang kena mulakan...
So, jom berlumba-lumba jadi insan soleh-solehah... bukan kerana nak cari pasangan
yer? Tapi, mestilah kerana Allah... then, insyaAllah, tenang jiwa anda... damai...
Bersama redha Ilahi pastinya...
Insan soleh-solehah pun akan datang cari anda...
Emm.. jangan berlumba-lumba jadi mat rempit pulak yer... maklumlah, mat rempit
pun dah tukar profession... dah jadi penerjun di kutub utara tu! So, anda bila lagi?
Jom lah jadi insan soleh-solehah... insan yang mulia di sisi Allah mahupun manusia...
Ok?
Em, wahai insan yang bernama wanita... sahabat yang bergelar lelaki... jangan
buang masa... marilah kita check or semak semula, apa dia prinsip soleh-solehah tu
yer?
Ada ker dalam diri kita prinsip-prinsip tu? Ade ke personaliti soleh-solehah tu pada
kita?
Takkan sikit pun tak ada?
Sedihnya kalau tak ada... rugilah anda nanti...
Baik cepat-cepat setelkan! Jangan lambat...
Em... sebagai basic... mulakanlah dengan mengenali asas-asas Islam... iman mesti
mau dijaga. Lakukanlah solat dengan sempurna - cukup lima waktu, tonjolkan imejimej
insan yang Islami...
Di samping lakukan solat sempurna... tambahkanlah sedikit-demi-sedikit solat-solat
sunat...
Then, belajar-belajarlah praktikkan personaliti (adab-adab) insan soleh-solehah..
Em, mulakanlah dengan memakai pakaian yang sopan, bertingkah-laku dengan baik
dan jauhi perkara-perkara yang tidak berfaedah.
Yang solehah, tinggalkanlah pakaian-pakaian sempit tu! Belajar-belajarlah pakai
tudung. Cari baju yang labuh... Kasi tutup lebih rapat dan sempurna daripada biasa.
Jangan beri orang tengok percuma lagi. Barulah nampak yang diri anda tu mahal
dan bukan bahan lelongan free-show. Orang lelaki pasti rasa insaf dan tunduk malu
bila tengok anda nanti..
Em, seterusnya... perlu difahami, bahawa... semua tu perlukan bimbingan ilmu yang
jelas...
Jadi, jangan lupa selalu-selalukanlah hadir ke majlis-majlis dan kuliah-kuliah ilmu...
Amal tanpa ilmu, takut-takut tersesat pulak nanti... Niat di hati nak jadi baik, lain
pulak jadinya nanti...
Jadi... untuk menjadi insan soleh-solehah... anda perlukan ilmu...
Banyakkanlah membaca... di samping jangan lupa mendapatkan bimbingan...
supaya tak tersalah ilmu pulak karang!
Em... susah ke?
Senang je ni... basic semua ni...
InsyaALLAH... anda mampu lakukan... ingat! Anda perlu mulakan... jangan biarkan
golongan yang tidak soleh-solehah bertambah di luar sana. Sesak nafas kan kita
tengok!!!
Bukan kesan baik yang terhasil... bukan sahaja manusia yang susah...
Haiwan dan tumbuhan, malahan objek-objek tak bernyawa pun menerima
akibatnya...
Kalau perbuatan tu dah dilarang oleh agama, tak mungkinlah ia wajar lagi dipandang
baik, dan mustahillah kesannya akan baik dan disenangi...
Ayuh... tanamkan azam, tambahkan ilmu, tingkatkan amalan, tunjukkan personaliti
Islami... bergerak ke arah peribadi insan soleh-solehah...

إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عَندَ اللَّهِ أَتْقَـكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di
antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan
kamu). (al-Hujuraat: 13)

sumber: http://an-nawawi.blogspot.com

Masa berlalu dengan pantas..

Masa berlalu dengan pantas...

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

ishlunak*(apa khabar)?? lama tak jenguk blog ni..kali ni cuma nak hebahkan berkenaan pertukaran jam..ha..kawan2 sejordan..jgn lupe lajakkan sejam ke depan..sebab dah masuk musim soifi(panas)..tapi bagi sy kesejukan di irbid ni masih lagi terasa.. bila dah tukar jam ni.. terasa cepat pula masa berlalu..aduh...ruginya masa yang berlalu tu..jadi lepas ni kita sama2 manfaatkan masa yang ada..kita mesti tetapkan priority kita...Aula faAula..

Justeru, sy seru kawan2 untuk berlumba dengan masa..kerana masa itu sebenarnya terlalu berharga..tiada harga yang dapat menandingi harga masa..Allah juga mengingatkan kita tentang masa dalam surah Al-'Asr yang berbunyi:

Terjemahannya: (1) Demi masa! (2) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. (3) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.

Oleh itu..demi menyahut seruan Ilahi..marilah kita sama-sama berpesan2 dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran..manfaatkan lah masa kita dengan amalan2 soleh seperti menuntut ilmu,mengerjakan ibadah, bersedekah dan lain-lain.. 

Masa juga amat penting dalam menuntut ilmu..tanpa masa kita tidak akan memperolehi ilmu.. namun,dengan ilmu kita mampu mengejar masa..seperti mana syair arab yang berbunyi:

إذا مرى بي يوم

ولم أكتبس هدى

ولم أستفد علما

فما زات في عمري

" Apabila hari-hari yang berlalu,

sedang aku tidak mengambil hidayah,

dan aku tidak memanfaatkan ilmu,

 maka,tidak bergunalah umurku.."

Akhir skali, sebagai peringatan kita bersama..hargailah masa yang ada..bijaklah dalam  merancang aktiviti supaya masa tidak disia-siakan..sampai di sini saja coretan sy kali ini..Tunggu coretan sy yang akan datang...

Sekian,wassalam... 

 * bahasa 'ammiah Jordan..




salam maulidurrasul...


Sempena tarikh yang bersejarah ini,marilah kita tingkatkan sunnah nabi sebagai bukti kecintaan kita kepada baginda Rasulullah s.a.w..seterusnya meningkatkan ketaqwaan kita sebagai hambaNya.

Firman Allah S.W.T: "Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semua itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." (Surah al-Taubah (9) : ayat 24).

Renung2kan dan selamat bera'mal..:)
wallahua'lam..

Kelemahan Akal Dan Agama Pada Wanita.(makna dan hikmahnya)



Fahaman persamaan gender yang dihembuskan para penganut fahaman feminisme serta musuh-musuh Islam (terutama Yahudi), telah berhasil meracuni pemikiran banyak golongan, termasuk kaum muslimah. Padahal model persamaan yang mereka maksud dengan istilah emansipasi, sangat bertentangan dengan syari'at Islam.

Secara fitrah, Allah memang telah melebihkan darjat kaum lelaki dari kaum wanita kerana berbagai sebab dan faktor. Dalam hal fizik serta keadaan-keadaan tertentu (seperti dalam masalah kepimpinan), wanita memang berada di bawah kaum lelaki.

Namun, hal ini bukanlah merupakan kezaliman atau diskriminasi atas kaum wanita. Justeru dengan syari'atNya, Allah telah mengangkat harkat dan darjat kaum wanita sesuai dengan fitrah yang telah ditetapkanNya atas wanita. Hal ini tidak tersembunyi sedikitpun bagi mereka yang betul-betul memahami kandungan syari'at Islam yang sempurna ini dengan pemahaman yang benar dan lurus. Dengan ini, saya bawakan tajuk ini sebagai renungan kita bersama untuk menyingkap wujudnya “kelemahan” pada seorang wanita.

Dalam keadaan tertentu, kaum wanita memang memiliki kelemahan-kelemahan sesuai dengan fitrah yang telah ditetapkan oleh syari'at daripada Yang Maha Bijaksana. Hakikatnya.. pengendalian emosi, daya pikir, serta kemampuan untuk memimpin, Allah telah melebihkan kaum lelaki atas kaum wanita.

Oleh kerana itu, tidak pernah tercatat dalam sejarah, Allah mengangkat seorang wanita menjadi nabi atau rasul. Allah juga telah menjelaskan, bahawa salah satu karakter seorang wanita, iaitu lemah dalam berargumentasi disamping kecenderungan gemar berhias dan bersolek. Allah berfirman:

"Dan apakah patut (menjadi anak Allah) orang yang dibesarkan dalam keadaan berperhiasan sedang dia tidak dapat memberi alasan yang terang dalam pertengkaran?" ( Az Zukhruf: 18)

Sehingga secara umum, kaum lelaki memang lebih berakal dan lebih berfikir panjang dibanding kaum wanita. Lebih jauh lagi, sabda Rasullulah berikut akan menjelaskan kepada kita, makna kelemahan akal dan agama pada wanita.Wanita cerdik diantara mereka bertanya,

"Wahai Rasulullah, mengapakah kebanyakan dari kami menjadi mayoritas(majoriti) penghuni neraka?" Beliau menjawab, "(Kerana) kalian sering melaknat dan mengingkari (kebaikan)suami, dan tidaklah aku pernah melihat (seorang) diantara kalian para wanita yang akal serta agamanya, lebih berakal dari (seorang lelaki) yang berakal". Wanita itu bertanya lagi, "Apa maksud kurangnya akal dan agama?" Beliau pun menjawab, "Adapun kelemahan akal. kerana persaksian dua orang wanita sebanding dengan persaksian seorang lelaki. Inilah (tanda) kurangnya akal, serta kalian tidak menunaikan solat selama beberapa hari, serta berbuka di (siang hari) Ramadhan. Inilah (indikasi) kurangnya agama." [HR. Muslim dalam kitab Al-Iman, hadits no. 79.]

Dalam hadis di atas, Rasulullah telah menjelaskan makna sifat kurang pada akal dan din (agama) wanita. Beliau menjelaskan, bahawa kelemahan atau kurangnya akal wanita terletak pada sisi kedhabitan (akurasi) persaksian mereka. Persaksian seorang wanita tidak boleh diterima, kecuali setelah dikuatkan dengan persaksian seorang lagi wanita. Hal ini kerana lemahnya daya ingat mereka, ataupun terkadang mereka suka menambahkan keterangan dalam memberikan persaksian. Beliau menjelaskan, bahawa hal tersebut menjadi tanda bagi kurangnya akal seorang wanita.

Sedangkan makna kurangnya din mereka, kerana pada saat haidh dan nifas, mereka terhalang untuk melaksanakan solat dan puasa. Berbeza dengan kaum lelaki yang solat dan puasa sepanjang tahun. Inilah yang menjadi indikasi dari kurangnya agama wanita. Tentu tidaklah sama kondisi orang yang melaksanakan solat sepanjang tahun dan berpuasa Ramadhan sebulan penuh, dengan orang yang tidak solat selama sekian hari setiap bulannya serta terhalang puasa Ramadhan selama beberapa hari.

Adapun hikmah dibalik kekurangan wanita tersebut, Syaikh Abdullah bin Baaz - setelah menjelaskan makna kurangnya akal dan agama wanita pada hadits Nabi di atas- beliau menuturkan,

"...sifat kurang yang ada pada wanita ini, bukanlah suatu dosa dan ia tidak
diseksa kerananya. Ini merupakan kekurangan yang ditetapan Allah. Dia yang telah mensyari'atkan hal tersebut bagi wanita. sebagai wujud kasih sayangNya dan untuk memberikan kemudahan bagi wanita. Ini kerana, jika seorang wanita yang sedang haidh ataupun nifas (tetap diwajibkan untuk) berpuasa, had itu tentu akan membahayakannya. Maka. diantara bentuk rahmat Allah atas wanita, iaitu Dia telah mensyari'atkan bagi wanita untuk meninggalkan puasa (pada waktu haidh).

Adapun solat, wanita dilarang untuk mengerjakannya, kerana dalam keadaan haidh dia terhalang untuk bersuci. Maka dengan rahmatNya, Dia mensyari'atkan baginya untuk meninggalkan solat. Demikian juga ketika nifas. Dan Allah tidak mewajibkannya untuk mengqadha solat yang ditinggalkannya selama haidh atau nifas. Kerana, jika wanita harus mengqadha’,tentu hal itu sangat memberatkannya. kerana, solat berulang sebanyak lima kali dalam sehari semalam. Dan tempoh haidh berlangsung selama beberapa hari. Kadang-kadang mencapai tujuh atau lapan hari, adapun tempoh nifas mencapai empat puluh hari.

Maka, dengan wujudnya rahmat Allah, Dia telah menggugurkan kewajiban solat serta (menggugurkan kewajiban) mengqadha’ solat atas wanita haidh atau nifas. Walaupun begitu, bukanlah bermaksud kelemahan atau kekurangan akal dan agama wanita mencakupi semua aspek.

Rasulullah telah menjelaskan, bahawa kelemahan akal para wanita adalah kerana kelemahan daya ingat. Sedangkan kelemahan agamanya kerana terhalangnya ia dari solat dan puasa, karena haidh dan nifas. Dan juga tidak bererti bahawa kekurangan tersebut menjadikan wanita berada di bawah kaum lelaki dalam semua aspek, dan bukan juga kaum lelaki lebih utama daripada wanita ." Fatawa Al-Mar'ah, hal. 189.

wallahu a'lam..

*ISLAM MENJAGA KEHORMATAN WANITA*



Alhamdulillah..bersyukur kehadrat ilahi dan selawat serta salam ke ats junjungan Nabi Muhammad s.a.w kerana dengan izinNya dapatlah saya merakamkan sedikit pengisian ilmu dalam bentuk blog yang sebenarnya sudah lama saya impikan.Kerana saya kira walaupun sy tidak mampu lagi untuk menyiapkan sebuah buku khas seperti pakar2 motivasi dan pendidik2 yang begitu berpengalaman lebih2 lagi para2 ulamak yg penulisannya di dlm kitab2 menjadi rujukan seluruh umat islam di dunia, namun dengan adanya blog ini sy dpt berkongsi manfaat dr rujukan2 y sy perolehi bersama rakan2.Ini juga sebagai usaha memperbaiki diri sy supaya menjadi seorang wanita yg berilmu. Kerana wanita berilmu mampu membentuk warisan yg seumpamanya..

Sebagai pembuka tirai,sy bawakan satu tajuk bagaimana Islam menjaga kehormatan wanita.Seperti y kita ketahui, pada zaman jahiliyah wanita tidak mempuyai harga diri di sisi masyarakat ketika itu. Sampai akhirnya Islam datang dan menyatakan wanita itu sedarjat dengan lelaki. Apakah ‘persamaan’ yg dimaksudkan oleh Islam?? Ikuti huraian selanjutnya………


ISLAM MENJAGA KEHORMATAN KAUM WANITA

Islam merupakan agama yang penuh kemuliaan dan ketinggian,ia sangat menjaga kehormatan pemeluknya.Seorang muslim mahupun muslimat dimuliakan dan ditinggikan martabat mereka dengan syariatNya.Itulah kenikmatan terbesar dari Allah,sekaligus pemuliaan dariNya.

Allah berfirman(yang bermaksud): Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam,Kami angkut mereka di daratan dan di lautan,Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.[al-Isra`:70]


Sebahagian Bentuk-bentuk Pemuliaan dan Penjagaan Islam Atas Wanita

1. Islam menyamakan kaum lelaki dengan kaum wanita dalam penciptaan.

Kaum lelaki dan wanita memiliki persamaan dalam penciptaan.Mereka dari seorang diri,sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud:

Wahai sekalian manusia,bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri,dan daripadanya Allah menciptakan isterinya,dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak.Dan bertaqwalah kepada Allah dengan(mempergunakan)namaNya kamu saling meminta satu sama lain dan (peliharalah)hubungan silaturrahim.Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.[an Nisa`:1]

2. Islam menyamakan wanita dan lelaki dalam hal ibadah dan mu`amalah.

Wanita berkedudukan sama seperti kaum lelaki dalam hal meraih balasan kebaikan dari Allah dalam ibadah. Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh,baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman,maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. [an Nahl :97]

3. Islam memberikan kebebasan dalam hal pemilikan seperti kaum lelaki.

Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain.(kerana) bagi lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan,dan bagi wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan. .[an Nisa’:32]

4. Islam mewajibkan untuk memuliakan kedua orang tua dan berbuat baik terhadap kedua-duanya, tidak hanya kepada salah satu di antara keduanya saja.

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya, jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu,maka sekali-kali jangan kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: ” Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya,sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.”[al-Isra`:23-24] .

5. Islam memuliakan wanita dengan memberikan perhatian lebih kepada kaum ibu melebihi kaum bapa.

Pernah seorang sahabat datang kepada Rasulullah s.a.w lalu bertanya: “ Wahai Rasulullah,siapakah orang yang yang lebih berhak aku perlakukan dengan baik?”Beliau menjawab: “ Ibumu.”.”Kemudian siapa lagi?”.”Beliau menjawab:Ibumu.” ”Kemudian siapa lagi?”.”Beliau menjawab:Ibumu.” ”Kemudian siapa lagi?”.” Beliau menjawab:”Ayahmu.” [Riwayat bukhari dan muslim]

6. Islam memuliakan wanita dengan memerintahkan mereka untuk tetap di rumah. Allah berfirman:

Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliah yang dahulu..[al Ahzab:33 ]

7. Islam memuliakan wanita dengan mensyariatkan hijab.Allah memerintahkan kepada mereka berhijab untuk menjaga kemuliaan dan kehormatan mereka, serta melindungi mereka dari segala bentuk kejahatan dan kerosakan.

Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu,anak- Anak perempuanmu dan isteri-isteri orang beriman:”Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.”Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal,kerana itu mereka tidak diganggu.Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [al Ahzab:59]

8. Islam memuliakan wanita dengan mengharamkan khalwat dan safar tanpa mahram. Semua itu dalam rangka memuliakan dan menjaga kehormatan mereka.

Rasulullah s.a.w bersabda: ” Janganlah sekali-kali kaum lelaki berkhalwat dengan wanita kecuali ia bersama mahramnya,dan jangan pula wanita safar(berpergian)kecuali bersama mahramnya.” .

9. Islam memuliakan wanita dengan mengharamkan zina dan semua jalan yang menghantar kepada perbuatan tersebut.Hal itu disyariatkan demi menjaga kehormatan mereka,dan dari hal yang dapat menodai kesucian mereka.

Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.[al Isra`:32]

10. Islam memuliakan wanita dengan mengancam keras atas sesiapa yang berbuat keji dan mencoreng kehormatan atau merosakkan nama baik mereka.

Allah berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita yang baik, yang lengah lagi beriman, mereka dilaknat di dunia dan diakhirat, dan bagi mereka azab yang besar. [an Nur:23]

wallahu a'lam.

Powered by Blogger