Kelemahan Akal Dan Agama Pada Wanita.(makna dan hikmahnya)



Fahaman persamaan gender yang dihembuskan para penganut fahaman feminisme serta musuh-musuh Islam (terutama Yahudi), telah berhasil meracuni pemikiran banyak golongan, termasuk kaum muslimah. Padahal model persamaan yang mereka maksud dengan istilah emansipasi, sangat bertentangan dengan syari'at Islam.

Secara fitrah, Allah memang telah melebihkan darjat kaum lelaki dari kaum wanita kerana berbagai sebab dan faktor. Dalam hal fizik serta keadaan-keadaan tertentu (seperti dalam masalah kepimpinan), wanita memang berada di bawah kaum lelaki.

Namun, hal ini bukanlah merupakan kezaliman atau diskriminasi atas kaum wanita. Justeru dengan syari'atNya, Allah telah mengangkat harkat dan darjat kaum wanita sesuai dengan fitrah yang telah ditetapkanNya atas wanita. Hal ini tidak tersembunyi sedikitpun bagi mereka yang betul-betul memahami kandungan syari'at Islam yang sempurna ini dengan pemahaman yang benar dan lurus. Dengan ini, saya bawakan tajuk ini sebagai renungan kita bersama untuk menyingkap wujudnya “kelemahan” pada seorang wanita.

Dalam keadaan tertentu, kaum wanita memang memiliki kelemahan-kelemahan sesuai dengan fitrah yang telah ditetapkan oleh syari'at daripada Yang Maha Bijaksana. Hakikatnya.. pengendalian emosi, daya pikir, serta kemampuan untuk memimpin, Allah telah melebihkan kaum lelaki atas kaum wanita.

Oleh kerana itu, tidak pernah tercatat dalam sejarah, Allah mengangkat seorang wanita menjadi nabi atau rasul. Allah juga telah menjelaskan, bahawa salah satu karakter seorang wanita, iaitu lemah dalam berargumentasi disamping kecenderungan gemar berhias dan bersolek. Allah berfirman:

"Dan apakah patut (menjadi anak Allah) orang yang dibesarkan dalam keadaan berperhiasan sedang dia tidak dapat memberi alasan yang terang dalam pertengkaran?" ( Az Zukhruf: 18)

Sehingga secara umum, kaum lelaki memang lebih berakal dan lebih berfikir panjang dibanding kaum wanita. Lebih jauh lagi, sabda Rasullulah berikut akan menjelaskan kepada kita, makna kelemahan akal dan agama pada wanita.Wanita cerdik diantara mereka bertanya,

"Wahai Rasulullah, mengapakah kebanyakan dari kami menjadi mayoritas(majoriti) penghuni neraka?" Beliau menjawab, "(Kerana) kalian sering melaknat dan mengingkari (kebaikan)suami, dan tidaklah aku pernah melihat (seorang) diantara kalian para wanita yang akal serta agamanya, lebih berakal dari (seorang lelaki) yang berakal". Wanita itu bertanya lagi, "Apa maksud kurangnya akal dan agama?" Beliau pun menjawab, "Adapun kelemahan akal. kerana persaksian dua orang wanita sebanding dengan persaksian seorang lelaki. Inilah (tanda) kurangnya akal, serta kalian tidak menunaikan solat selama beberapa hari, serta berbuka di (siang hari) Ramadhan. Inilah (indikasi) kurangnya agama." [HR. Muslim dalam kitab Al-Iman, hadits no. 79.]

Dalam hadis di atas, Rasulullah telah menjelaskan makna sifat kurang pada akal dan din (agama) wanita. Beliau menjelaskan, bahawa kelemahan atau kurangnya akal wanita terletak pada sisi kedhabitan (akurasi) persaksian mereka. Persaksian seorang wanita tidak boleh diterima, kecuali setelah dikuatkan dengan persaksian seorang lagi wanita. Hal ini kerana lemahnya daya ingat mereka, ataupun terkadang mereka suka menambahkan keterangan dalam memberikan persaksian. Beliau menjelaskan, bahawa hal tersebut menjadi tanda bagi kurangnya akal seorang wanita.

Sedangkan makna kurangnya din mereka, kerana pada saat haidh dan nifas, mereka terhalang untuk melaksanakan solat dan puasa. Berbeza dengan kaum lelaki yang solat dan puasa sepanjang tahun. Inilah yang menjadi indikasi dari kurangnya agama wanita. Tentu tidaklah sama kondisi orang yang melaksanakan solat sepanjang tahun dan berpuasa Ramadhan sebulan penuh, dengan orang yang tidak solat selama sekian hari setiap bulannya serta terhalang puasa Ramadhan selama beberapa hari.

Adapun hikmah dibalik kekurangan wanita tersebut, Syaikh Abdullah bin Baaz - setelah menjelaskan makna kurangnya akal dan agama wanita pada hadits Nabi di atas- beliau menuturkan,

"...sifat kurang yang ada pada wanita ini, bukanlah suatu dosa dan ia tidak
diseksa kerananya. Ini merupakan kekurangan yang ditetapan Allah. Dia yang telah mensyari'atkan hal tersebut bagi wanita. sebagai wujud kasih sayangNya dan untuk memberikan kemudahan bagi wanita. Ini kerana, jika seorang wanita yang sedang haidh ataupun nifas (tetap diwajibkan untuk) berpuasa, had itu tentu akan membahayakannya. Maka. diantara bentuk rahmat Allah atas wanita, iaitu Dia telah mensyari'atkan bagi wanita untuk meninggalkan puasa (pada waktu haidh).

Adapun solat, wanita dilarang untuk mengerjakannya, kerana dalam keadaan haidh dia terhalang untuk bersuci. Maka dengan rahmatNya, Dia mensyari'atkan baginya untuk meninggalkan solat. Demikian juga ketika nifas. Dan Allah tidak mewajibkannya untuk mengqadha solat yang ditinggalkannya selama haidh atau nifas. Kerana, jika wanita harus mengqadha’,tentu hal itu sangat memberatkannya. kerana, solat berulang sebanyak lima kali dalam sehari semalam. Dan tempoh haidh berlangsung selama beberapa hari. Kadang-kadang mencapai tujuh atau lapan hari, adapun tempoh nifas mencapai empat puluh hari.

Maka, dengan wujudnya rahmat Allah, Dia telah menggugurkan kewajiban solat serta (menggugurkan kewajiban) mengqadha’ solat atas wanita haidh atau nifas. Walaupun begitu, bukanlah bermaksud kelemahan atau kekurangan akal dan agama wanita mencakupi semua aspek.

Rasulullah telah menjelaskan, bahawa kelemahan akal para wanita adalah kerana kelemahan daya ingat. Sedangkan kelemahan agamanya kerana terhalangnya ia dari solat dan puasa, karena haidh dan nifas. Dan juga tidak bererti bahawa kekurangan tersebut menjadikan wanita berada di bawah kaum lelaki dalam semua aspek, dan bukan juga kaum lelaki lebih utama daripada wanita ." Fatawa Al-Mar'ah, hal. 189.

wallahu a'lam..

0 Response to "Kelemahan Akal Dan Agama Pada Wanita.(makna dan hikmahnya)"

Powered by Blogger