Inspirasi Pedusi


Dalam menyelusuri kebahagiaan sudah pasti akan dihimpit dengan pelbagai halangan dan dugaan namun itu bukanlah penghalang dalam mengecapi kebahagiaan jika mempunyai jiwa yang kental dan tidak mudah tewas dengan keadaan.
Sedarlah wahai sekalian pedusi!Atma seorang wanita perlu dilengkapi dengan hadirnya seseorang yang bergelar suami ,walau bagaimanapun hari ini golongan wanita seringkali diperkotak-katikkan dek kerana dianggap kaum Hawa ini lemah.Oleh yang sedemikian bangunlah dan lakukan perubahan selangkah menganjakkan paradigma agar kita sebagai sayap kiri sang lelaki tidak mudah dimanipulasikan tanpa belas ehsan.
Pedusi juga mendambakan akan kehadiran Si Arjuna yang mampu menzahirkan kasih sayang dan menjadi teman setia dalam suka mahupun duka.Namun begitu ,adakalannya dengan menggunakan tiket cinta segalanya bertukar sehingga mereka buta membezakan antara permata dan kaca .Masih belum terlambat pedusi sekalian untuk kita koreksi diri dan memperbaiki apa yang sepatutnya kita harus lakukan .
Kerana sesungguhnya dalam meneladani sebuah kehidupan sudah pasti akan ada pasang surutnya ,segalanya terpundak diatas fikiran kita dalam menilai segala keputusan yang kita ambil ..Salam Pedusi Daripada Insan Kerdil Ini..

0 Response to "Inspirasi Pedusi"

Powered by Blogger