Penindasan wanita dalam faraid

Satu petang, ketika saya sedang bersiap menyediakan makanan untuk berbuka puasa, saya menerima mesej ringkas daripada telefon bimbit saya,


“kenapa dalam pembahagian harta pusaka perempuan hanya dapat sikit berbanding lelaki,seperti melebihkan lelaki,macam tak adil”.



Salah faham


Mesej ini membuatkan saya terdiam seketika, benarkah begitu? Saya tidak terus menjawab, saya katakan beri saya masa untuk menjawab dan jawapan saya itu akan saya letakkan di blog saya. Terfikir saya, adakah mereka ini tidak percaya bahawa agama Islam ini agama yang adil? atau mereka sebenarnya memang tersalah faham tentang cara Islam dalam masalah ini. Kegagalan dalam memahami maqasid sesuatu syariat dalam islam boleh menyebabkan berlakunya kepincangan sehingga menimbulkan pelbagai kritikan-kritikan yang tidak sepatutnya dari mereka yang bergelar muslim.



Masalah faraid
Dalam soal pembahagian harta pusaka, ALLAH telah berfiman dalam surah al-Nisa’ ayat 11-12 yang bermaksud:

“Allah mensyari'atkan bagimu tentang (pembagian pusaka untuk) anak-anakmu. yaitu : bahagian seorang anak lelaki sama dengan bagahian dua orang anak perempuan,dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua, Maka bagi mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang saja, Maka ia memperoleh separo harta. dan untuk dua orang ibu-bapa, bagi masing-masingnya seperenam dari harta yang ditinggalkan, jika yang meninggal itu mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu-bapanya (saja), Maka ibunya mendapat sepertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara, Maka ibunya mendapat seperenam. (Pembagian-pembagian tersebut di atas) sesudah dipenuhi wasiat yang ia buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak) manfaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana.

12. "Dan bagimu (suami-suami) seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. jika Isteri-isterimu itu mempunyai anak, Maka kamu mendapat seperempat dari harta yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) seduah dibayar hutangnya. para isteri memperoleh seperempat harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak. jika kamu mempunyai anak, Maka para isteri memperoleh seperdelapan dari harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu. jika seseorang mati, baik laki-laki maupun perempuan yang tidak meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai seorang saudara laki-laki (seibu saja) atau seorang saudara perempuan (seibu saja), Maka bagi masing-masing dari kedua jenis saudara itu seperenam harta. tetapi jika Saudara-saudara seibu itu lebih dari seorang, Maka mereka bersekutu dalam yang sepertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudharat (kepada ahli waris. (Allah menetapkan yang demikian itu sebagai) syari'at yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha mengetahui lagi Maha Penyantun.”

Punca salah faham

Dalam Islam, wanita mendapat separuh daripada hak lelaki. Sekiranya seorang balu, beliau mendapat satu perempat harta suami jika tiada anak, dan satu perlapan jika ada anak. Bahagian anak perempuan adalah separuh daripada bahagian anak lelaki. Ibu si mati mendapat satu pertiga bahagian sekiranya tiada anak dan satu perenam bahagian jika ada. Bapa mendapat satu perenam jika ada anak.


Hal ini dilihat seperti berlaku diskriminasi dari sudut perundangan apabila wanita hanya mendapat separuh bahagian daripada lelaki. Hal ini berlainan dengan kedudukan wanita bukan Islam kerana sejak tahun 1997 mereka telah mendapat hak yang sama rata dengan kaum lelaki mereka. Seolah-olah Islam ini melebihkan lelaki dari wanita, benarkah begitu?


Tanggungjawab lelaki dan wanita tidak sama

Sebenarnya dalam kita memahami konsep pembahagian pusaka dalam Islam, kita perlu memahami sistem kekeluargaan dan sosial Islam. Islam telah menetapkan bahawa pihak lelaki mesti memikul tanggungjawab untuk menyara isteri, anak-anak, ibu dan bapa, adik-beradik perempuan dan anak-anak saudara apabila ibu atau bapa mereka meninggal dunia. Sedangkan kaum wanita tidak di bebani dengan kewajipan tersebut.

Firman ALLAH S.W.T dalam surah al-Nisaa’ yang bermaksud:

“ Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh Karena Allah Telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan Karena mereka (laki-laki) Telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. sebab itu Maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh Karena Allah Telah memelihara (mereka). wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, Maka nasehatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, Maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha besar.”

Wanita Islam lebih terbela

Dalam hal ini, wanita Islam lebih terbela,walaupun si isteri mempunyai kedudukan yang kukuh, namun dia tidak wajib menyara suami atau anak-anaknya. Dan sekiranya seorang lelaki itu tidak berupaya menyara isteri dan anak-anaknya, meninggal dunia, atau menghilangkan diri, kewajipan menanggung nafkah beralih kepada waris suami terdekat seperti datuk,bapa saudara atau adik-beradik suami lelaki. Ini berbeza dengan hak sama rata yang di nikmati oleh wanita bukan Islam.

Beban dan tanggungjawab mereka adalah samarata. Di bawah undang-undang sivil, seorang isteri boleh di perintah membayar nafkah dan saraan hidup suaminya atau bekas suaminya sekiranya suami itu tidak berkemampuan di sebabkan masalah mental, fizikal atau kesihatan.


Selain itu juga wanita bukan Islam wajib menanggung atau menyumbangkan saraan nafkah anak-anaknya termasuklah tempat tinggal,pakaian,makanan dan pendidikan. Kesimpulan yang dapat di buat disini ialah, kedudukan wanita dalam pembahagian pusaka adalah lebih terbila,jangan di pandang dari aspek logik matematik sahaja tentang Islam, tetapi fahamilah juga dari aspek sistem kekeluargaan dan sosial Islam. Jika anda sudah benar-benar faham, saya yakin anda akan berpendapat seperti sebahagian pengkaji Islam bahawa hak keistimewaan sebenarnya lebih di beratkan kepada wanita daripada lelaki. (Lihat; Dr. Salahuddin Sultan, 2004, Imtiyaz al-Mar'ah 'ala al-Rajul fi al-Mirats wa al-Nafaqah, Cetakan : Matba'ah sultan li al-Nasyr.)

Akhir sekali suka saya petik tulisan Dr. Mustafa al-Siba'i dalam bukunya al-Mar'ah Bayn al-Fiqh wa al-Qanun berkata:

"sesungguhnya tidak ada ruang untuk menuntut persamaan mengenai pembahagian harta pusaka antara lelaki dan perempuan, kecuali sesudah ada tuntutan persamaan tanggungjawab dan beban. Kerana itulah falsafah yang betul. Maka kita terpaksa sama ada menerima falsafah tersebut keseluruhannya atau menolaknya sama sekali. Kita, sebagai umat Islam berpendapatfalsafah Islam dalam masalah ini adalah lebih tepat dan munasabah serta logik. Kerana ia menjaga kepentingan keluarga, masyarakat dan seterusnya kaum wanita sendiri."(Dr. Mustafa al-Siba'i, 1975, al-Mar'ah Bayn al-Fiqh wa al-Qanun, Cet: al-Maktabah al-Islami.)


Wallahu’alam.


di tulis dan di sunting oleh Abu Amir dan Ummu Amir, 1231=0731, Bayt Dilkarishta.


3 Response to "Penindasan wanita dalam faraid"

  1. slm, mohon menambah..sy juga pd sangkaan awl b'pndpt sbgtu..krn kurg b'jaya mmahami kaedah p'bhgn yg dlakukn..baiklah,smmgny jika kta lihat..laki akn m'dpt lebih 2x drpd pmpuan dlm p'bhgn harta pusaka..akn ttp,rmi x tahu mklmt yg senar yg mana kurg dikongsi ssama kta sdiri..iaitu..kaedah bhgn laki 2x lebih drpd pmpuan ini hanya akn dilaksanakn stlh harta t'sbut dibhg t'lebih dhulu kpd ashabul furudh (iaitu golongan yg Allah tlh ttpkn jumlah bhgn mrk dlm kalam suciNya itu) stlh itu,p'bhgn laki 2x lbih drpd pmpuan ini akn dilakukn bila mana skiranya pmpuan itu b'seorgn dan b'sama dgnny laki2 yg b'seorgn dlm satu tgktn yg sama shj..adapun bgitu..dlm byk keadaan ialah kaum lelaki akn memperoleh baki drpd harta pusaka itu..sama ada sdikit,atau byk,ataupn laki itu xdpt lgsung krn tiada baki..jadi,sila b'untunglah whi kaum hawa krn dlm golongn ashabul furudh, hanya 4 drpd 12 adlh laki..selebihnya pula adlh pmpuan2 belaka..maka,terang lg b'suluh bhw Islam memelihara kaum hawa lebih drpd sangkaan umum..selain itu,falsafah yg tlh dikemukakn dlm artikel di atas juga sgt m'bntu dlm memahami dan m'hayati indahnya Islam..bukn stakat m'jaga hal ehwal kta ktk idop shj..malah m'jaga pula hal ehwal kta ktk kta dah mati.. I'm proud to be a Muslim..W'Alam..

    Anonymous says:

    tahniah di atas penulisan ini..di sini sy ingin berkongsi 1 masalah..mmg kita semua sedia maklum tntg tggungjwb lelaki lbh bsr berbangding wanita dan menjadikan lelaki mewarisi hrta lbh dr wanita..akan tetapi mungkin yang dikatakan penindasan terhadap wanita ini apabila kita lihat realiti skrg, lelaki kurang bertaggungjwb dan amanah dlm m'gunakan hrta t'sebut..isu inilah yg dibncgkan kini..bagaimana komen penulis bg m'jwb persoalan ini.

    Nik Mohd Naim: terima kasih atas komen yang panjang lebar, semoga perkongsian ini menambah lagi ilmu saya yang sedikit ini.

    Tanpa Nama: lelaki kurang bertanggungjawab dan amanah dalam menggunakan harta tersebut, hal ini sememangnya ada berlaku,tetapi bukanlah bermakna Islam itu membiarkan perkara ini begitu sahaja, sedangkan banyak ayat al-Qur'an dan hadith yang memerintahkan kepada kaum lelaki agar berlaku adil kepada wanita dan menjaga kaum wanita ini dengan baik. adalah satu kesalahan jika lelaki gagal menguruskan harta dengan baik, dalam hal ini, saya belum sempat meyemak sama ada, ada peruntukkan undg2 kluarga Islm bagi mslh lelaki yg gagl menguruskan amanah harta wrisan dgn baik, namun cuba kita lihat sejenak dlm isu poligami misalnya, sblm ini zaman nabi mmg tidak perlu bg lelaki mohon izin dr isteri utk poligami, namun hari ini, spt telah ada hukum baru agar suami wajib mohon kbnrn istri utk berpoligami di smping membuat pengishtiharaan harta di mahkamah syariah,ramai lelaki yg xstuju dgn undg2 ini, kata mereka zmn nabi xde, nape buat2 undg2 baru?namun kita kne fhm, lelaki zmn nabi iaitu shbt2 dhulu terdiri drpd mereka yg jujur, amanah, dan tidak berdusta,jika mereka berpoligami, mereka berlaku adil, dan apakah lelaki hari ini sejujur, seamanah, seperti zmn shbt dahulu??! ini semua adalah menafsiran semula perundangan islam mengikut kesesuaian semasa, jd jika msh belum ada peruntukan undg2 utk menghalang lelaki yg xamnh guna harta wrisan hingga berlaku penindasan thdp wnita, undg2 bru perlu di gubal berlandaskan pemahaman maqasid yg sbnrnya..WA..

Powered by Blogger